Kehidupan awal Redzuawan_Ismail

Beliau dilahirkan pada 6 Januari 1958 di Singapura. Beliau merupakan anak sulung daripada tujuh adik beradik kepada pasangan Ismail Md Nor dan Noraini Abdullah. Bapa beliau merupakan seorang askar berpangkat korperal dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) manakala ibunya merupakan seorang suri rumah yang berasal dari Singapura. Chef Wan dan keluarga berpindah ke Kuala Lumpur kerana ayahnya dipindahkan dari The British Royal Air Force ke The Malaysian Air Force ketika beliau berumur 3 tahun.

Chef Wan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Terandak, Melaka.Beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Chef Wan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melayakkan beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.Beliau melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (ITM) dalam jurusan perakaunan.Beliau memperolehi Diploma Perakaunan setelah menamatkan pengajian beliau. Pada tahun 1979, Chef Wan meneruskan lagi pengajian beliau ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti New South Wales, Australia.

Pada tahun 1982, beliau telah mengahwini Norhayati binti Ayub yang merupakan sepupu beliau. Perkahwinan tersebut berlangsung ketika Chef Wan berusia 25 tahun manakala isterinya berusia berumur 17 tahun. Namun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai selepas tiga tahun bersama. Mereka memperolehi dua orang anak iaitu Mohd Nadzri dan Serina hasil daripada perkahwinan tersebut.